
Thanks to ALLAH الحمد لله Dalam menempuh perjalanan kehidupan, kita kadang-kadang bahkan selalu terlalai dan terpesona akan keindahan yang terlihat dek mata kita. Sehingga melencong masuk ke jalan atau lorong yang salah. Kita mungkin cepat atau lambat sedar bahawa jalan yang dimasuki itu jalan yang salah. Namun, apabila tersedar bahawa jalan itu salah, janganlah pula pasrah lalu putus asa. Jangan anggap bahawa tiada harapan lagi untuk pulang ke jalan yang asal, iaitu jalan menuju kepada keredhaan ALLAH. Kita masih ada harapan untuk buat pusingan-U dan masuk kembali ke jalan sebenar. Walau jauh mana pun kita telah tersesat dan walau jauh mana pun kita telah terlencong, peluang untuk kembali ke jalan yang sebenar sentiasa terbuka dan malah amat dialu-alukan oleh ALLAH `Azza wa Jalla. Walau jauh mana pun dikau tersasar dan terlencong, kembalilah. Kembalilah ke jalan menuju ALLAH. ALLAH sayang kamu. الله Jangan Tunggu...